Wednesday 15 October 2014

cadangan di homestay gombak

HOMESTAY GOMBAK,

jika anda bercadang bercuti di gombak. anda boleh dapatkan homestay homestay di area gombak ni yang agak berpatutan. berdekatan pula dengan bandar kuala lumpur.

hanya 20 minit sahaja.

biasanya yang datang ke gombak ini adalah menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara, majlis konvokesyen anak anak mereka.

kebiasanya akan stray antara 2-3 hari.

antara tempat tarikan makanan di sini adalah mali char kuetiaw, nasi ayam hainan, nasi kak wok cawangan kelantan, mee tarik chinese, kedai mamak dan lain lain lagi.

tempat berdekatan untuk beriadah pula antaranya yang berdekatan adalah taman layang layang di selayang, air terjun di hutan simpan frim, karipap gergasi ikea di bandar sri damansara.


jadi pada anda yang sudah mengambil keputusan menginap di mana mana homestay gombak ini jangan terlepas peluang mengambil kesempatan ini.






[Continue Reading]

Tuesday 2 September 2014

TNC Sebelum Booking

Sila Fahamkan Terms and Conditions  ini sebelum anda melakukan Booking


Selari dengan tag.... "Alamilah SUASANA rumah sendiri......

Kami menawarkan suasana rumah sendiri agar tetamu-tetamu dapat merasakan susana yang amat selesa menginap di homestay kami...

Berikut merupakan panduan penginapan:

1. Seri Gombak Homestay menawarkan penginapan rumah secara harian/mingguan kepada Muslim sahaja.

2. Penginap perlulah berkeluarga dan pihak pengurusan Seri Gombak Homestay tidak akan menawarkan penginapan kepada pasangan yang belum berkahwin.

3. Sebarang majlis seperti kenduri pertunangan, perkahwinan ataupun pernikahan tidak dibenarkan diadakan di Homestay ini. Ini termasuklah dengan pemasangan kanopi di depan rumah adalah tidak dibenarkan kerana mengganggu kawasan kejiranan.

4. Tiada 'Daily Housekeeping Services' disediakan. Kebersihan perlu dititikberatkan sepanjang menginap di Homestay ini. Terdapat kemudahan beg plastik dan sebagainya. Bagaimanapun, 'Weekly Housekeeping Services' akan diberikan kepada penginap yang menginap melebihi 7 hari termasuk pertukaran cadar tilam dan tuala mandi.

5. Kerjasama penginap dipohon untuk memastikan keselamatan rumah seperti dapur gas ditutup setelah digunakan, suis lampu, kipas dan air-cond dipadam setelah digunakan serta pintu pagar dikunci untuk menjaga keselamatan harta benda tatamu dan homestay.

6. Pihak pengurusan Seri Gombak Homestay tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kehilangan harta semasa mahupun kemalangan sepanjang tempoh penginapan.

7. Pihak pengurusan Seri Gombak Homestay akan memaklumkan kepada penginap sekiranya terdapat gangguan bekalan air atau elektrik berjadual.

8. Pihak pengurusan Seri Gombak Homestay tidak dapat bertanggungjawab sekiranya terdapat gangguan air dan elektrik secara tidak terancang akibat daripada kerja-kerja penyelenggaraan secara kecemasan.

9. Sebarang aktiviti tidak bermoral ataupun minuman keras adalah dilarang sama sekali. Penginap dipohon untuk mengamalkan etika berjiran memandangkan kawasan penginapan merupakan rumah teres yang mempunyai kejiranan yang telah bekeluarga.

10. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah sama sekali untuk menjamin kebersihan penginap-penginapan lain.

11. Masa Check In- 2.00 petang
      Masa Check Out - 12.00 tengahari

12. Sebarang check in awal / check out lambat adalah tertakluk kepada kekosongan.

Terima kasih kepada penginap kerana sudi membaca dan memahami panduan ini.

Sekian, terima kasih.
[Continue Reading]
Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates