Wednesday 24 June 2015

Cari Makan Tengahari Area Gombak ? Try ni

salam hormat,

tuan puan dah dapat stay area gombak? Tahniah saya ucapkan, tapi sekarang nak cari tempat makan tengahari yang sedap kan ?

ada beberapa tempat yang saya boleh rekomen,

kalau korang nak nasi dengan lauk pilihan yang banyak sekali....tempat ni antara tempat tersohor juga lah jika makan tengahari.

1. korang boleh pergi ke restoran seri ayu Seri Gombak.
lokasi dan gambar penuh ada di post ini

Restoran Seri Ayu Seri Gombak

2. Pilihan nombor 2, Jika Korang nak pergi makan tengahari tetiba nak makan nasi ayam penyet ker, nasi ikan penyet ke kan ? atau masakan minang yang lain.... restoran ni memang sedap dan best. iaitu

Restoran Sunan Derajat

lepas makan korang pekena cuci mulut pisang bakar dia... pehhh memang terbaikkkk

3. Pilihan 3 kalau korang nak makan makanan chinese muslim... korang boleh la ke restoran adam lai... terletak di prima gombak ini alamatdan GPS koordinatnya bagi yang ingin mencari dengan GPS Google maps atau Waze... nombor telefon pun ada tu, kot kot kalau sesat ke kan...


Adam Lai Restaurant
No. 93A, Jalan Prima SG 1/2,
Prima Sri Gombak, Batu Caves,
68100 Gombak, Selangor,
Malaysia.
Tel.: 03-6181 1137

GPS Info (lat,lon) = 3° 14' 16.5"N,101° 42' 01.2"E ATAU 3.237921, 101.700342


ok selamat menjamu selera di gombak. sebelum makan jangan lupa baca bismillah :)


No comments:

Speak Your Mind

Powered By Blogger · Designed By Blogger Templates