Rumahwip Residensi Inspira mewarnai wajah baru kearah Pemodenan Pasar Besar Gombak !
|
Pemodenan Semula Pasar Besar Gombak |
PASAR Besar Gombak bakal berwajah baru dengan projek pemodenan semula dengan konsep yang lebih canggih selain menyediakan kawasan perumahan mampu milik kepada warga kota.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, projek berkenaan adalah inisiatif kerajaan bagi membantu merancakkan kembali iklim perniagaan di pasar yang sudah berusia 32 tahun itu.
Kata beliau, pembangunan semula itu akan membabitkan bangunan komersil sembilan tingkat yang turut menempatkan lot perniagaan, pasar basah, pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pejabat kesihatan, surau serta dewan serba guna.
“Selain itu, satu blok kediaman Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) 44 tingkat juga akan dibina bersebelahan.
“Kerajaan berharap pembangunan projek ini dapat membantu merancakkan kembali perniagaan di Pasar Besar Gombak selain memperbanyakkan lagi penyediaan rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembangunan Semula Pasar Besar Gombak di sini, hari ini
[Continue Reading]